Avokado
Avokado membantu melembap dan melindungi kulit dari sinaran matahari. Isi avokado boleh dijadikan masker kulit wajah, manakala kulit avokado pula boleh dimanfaatkan sebagai krim penghalus kulit.
Nenas
Masker yang dihasilkan dari nanas bertindak membantu menghapuskan sel-sel kulit mati sekali gus dapat mengurangkan cela di wajah. Elakkan penggunaan nanas bagi kulit kering kerana ia boleh menambahkan kekeringan dan mengakibatkan kegatalan pada wajah.
Limau nipis
Limau nipis sememangnya cukup terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit. Ianya dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati, juga mengurangkan kedutan di wajah selain bertindak sebagai pelembap kulit.
Epal
Epal berkesan sebagai pembersih kulit yang kasar dan kusam. Selain daripada itu, estrak buah epal dapat digunakan sebagai minuman yang menyegar dan membersihkan kulit. Kandungan anti oksidanya pula dapat membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan di wajah.
Anggur
Amalkan pengambilan buah anggur untuk menyegarkan kulit yang tidak bermaya. Selain itu, buah anggur yang diminum membantu menjadikan kulit lebih licin. Ianya juga sejenis buah yang rendah kandungan lemak.
Berry
Buah berry mengandungi vitamin C dan E serta anti oksida yang menambah kelembapan kulit agar tampak lembut dan kekal remaja. Satu lagi rahsia buah beri ialah ia berpotensi membantu mengurangkan kedutan di wajah.
sumber: http://hijabista.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment